01 Februari 2010
Quran Flash
Bersua sekali lagi... Kali ini ana ingin berkongsi satu perisian yang sangat berguna kepada antum semua para guru guru Pendidikan Islam mahupun guru guru mata pelajaran lain serta sesiapa sahaja untuk mrndapatkan satu perisian berbentuk flash iaitu Naskhah Al-Quran Rasm Othmani siap dengan bantuan Tjwid bagi kemudah bacaan dan penghayatan hukum-hukum tajwid...
SILA KLIK....
25 Januari 2010
Sekapur Sireh

Di mana bahan bahan yang ana siarkan ini adalah bahan yang ana perolehi dari sesi kursus yang ana pernah hadir dan juga bahan yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan untuk dikongsi bersama.
Diharapkan kepada semua pihak terlibat dalam pembinaan bahan PnP ini dapat memberi persetujuan untuk mana mana pihak menggunakan bahan tersebut dengan tujuan pengajaran dan pembelajaran dan bukannya untuk mengaut keuntungan. Segala hasil usaha yang baik itu akan diberikan ganjaran yang sebaik mungki oleh Allah s.w.t demi memartabatkan dan memperkasa Pendidikan Islam di kalangan murid-murid sekolah. Seterusnya dapat menarik minat murid untuk lebih menumpukan perhatian dan minat kepada Pendidikan Agama Islam.
Kepada semua pihak yang melayari blog ana ini, ana ucapkan jutaan terima kasih dan gunakanlah apa sahaja bahan yang ana sediakan. semoga dapat membantu meringankan beban antum semua untuk menyediakan bahan untuk PnP.
Antum semua juga dijemput untuk menyertai blog ini dan sama-sama berkongsi idea dan bahan untuk kegunaan bersama. InsyaAllah segala usaha murni ini akan diberkati Allah dengan niat yang tulus ikhlas demi memberi didikan agama yang jitu kepada anak-anak bangsa.
24 Januari 2010
Perisian Pengenalan Huruf Huruf Jawi
Pada kali ini ana ingin berkongsi dengan antum semua para Guru Pendidikan Islam satu perisian Pengenalan Huruf Huruf Jawi dalam bentuk flash player. Aplikasi ini mempunyai audio video yang pastinya akan menjadikan PnP antum semua lebih menarik dan menyeronokkan. Aplikasi ini berbentuk interaktif dan antum semua boleh menggunakan di dalam makmal komputer. Aplikasi ini juga ana perolehinya ketika menghadiri kursus. Diharapkan mereka yang terlibat dalam membina aplikasi ini membenarkannya diguna pakai di sekolah sekolah demi memertabatkan tulisan jawi di negara kita. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat. Sesungguhnya usaha murni tuan tuan hanya Allah yang dapat membalasnya...
Untuk mendapatkan aplikasi ini SILA KLIK
Sukatan Pelajaran

05 Januari 2010
Slide Iqra' 1 hingga 6 (MS Power Point)
Untuk dapatkan perisian tersebut sila klik pada link. di bawah.....
Buku IQRA'